Posted by: lisaluqman on: June 25, 2009
Aku rindu padamu
Kata sang hati
Rindunya teramat dalam
Sehingga tidak terkata-kata
Aku rindu padamu
Adakah kau juga begitu?
Jauh sekali kami berada
Tetapi selalu dekat di hati
Aku rindu padamu
Inginku jumpa dirimu
Tiap hari, tiap malam
Adakah kau ingin berjumpa diriku ini?
Aku rindu padamu
Aku hanya inginkanmu
Sentiasa berada di sisiku
Pada setiap masa sahaja
Aku rindu padamu
Aku sanggup melakukan apa sahaja
Untukmu sayang
Segalanya hanya untukmu
Aku rindu padamu
Aku sedar hakikatnya
Kau bukan kepunyaanku
Aku hanya tempat persinggahan
Aku rindu padamu
Sayangku kepadamu
Tidak akan pudar
Ia milikmu sentiasa
lisaluqman
0230hours
pada satu hari yang sunyi
July 19, 2009 at 17:03
nice poem.. i like